BEIJING: Naib Presiden China, Han Zheng mengadakan pertemuan dengan taikun teknologi, Elon Musk, menggesa firma Amerika Syarikat (AS) untuk merebut peluang mengeratkan hubungan ekonomi dengan China, lapor media kerajaan. Menurut agensi berita Xinhua, Han yang menghadiri majlis pelantikan Presiden AS, Donald Trump turut bertemu Musk dan beberapa wakil perniagaan AS yang lain pada Ahad lalu. Individu terkaya dunia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, SpaceX dan pemilik laman X itu kini menjadi sekutu terdekat Trump, berkongsi pandangan politik dan melabur berjuta-juta dolar untuk menyokong kempen presidennya. Musk juga menikmati pengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya