Dua tram bertembung, puluhan cedera di Perancis

Dua tram bertembung, puluhan cedera di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STRASBOURG : Insiden perlanggaran dua tram dalam terowong berhampiran stesen kereta api utama di bandar timur Perancis mengakibatkan puluhan penumpang cedera, semalam.

Menurut pihak berkuasa, insiden yang berlaku berhampiran stesen kereta api Strasbourg, iaitu salah satu stesen tersibuk di Perancis di luar Paris telah mencederakan antara 30 hingga 50 mangsa.

Saksi mendakwa salah satu tram telah tergelincir daripada landasan akibat hentaman kuat, manakala rakaman video di media sosial menunjukkan suasana cemas dengan kedua-dua tram mengalami kerosakan teruk di dalam terowong berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa wilayah Strasbourg memaklumkan siasatan awal mendapati antara 30 hingga 35 orang cedera, manakala pasukan bomba pula menganggarkan angka mangsa mencecah 50 orang.

“Kejadian ini sangat mengejutkan kerana ia melibatkan hentaman kuat antara dua tram di platform bawah stesen,” kata Datuk Bandar Strasbourg, Jeanne Barseghian.

Tambah beliau, walaupun insiden itu menyebabkan banyak kecederaan, tiada mangsa dilaporkan maut atau berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Bas-Rhin, Rene Cellier memaklumkan seramai 130 anggota bomba dan 50 kenderaan penyelamat dikerahkan ke lokasi.

“Kira-kira 50 orang cedera dengan pelbagai jenis kecederaan termasuk luka di kepala, patah tulang selangka dan kecederaan lutut. Selain itu, lebih 100 orang diperiksa doktor walaupun tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Sebelum ini, insiden hampir serupa pernah berlaku apabila dua tram bertembung di terowong sama, mencederakan 17 orang pada 1998.

Siasatan telah dibuka oleh Pejabat Pendakwa Raya Strasbourg untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya