Dua beregu campuran negara mara ke suku akhir Terbuka India

Dua beregu campuran negara mara ke suku akhir Terbuka India

GOH Soon Huat-Shevon Lai menewaskan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi, 21-10, 19-21, 21-16 pada aksi pusingan kedua Terbuka India 2025 di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai, meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka India 2025 selepas menundukkan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi, hari ini.

Pasangan suami isteri ranking keempat dunia itu mencatat kemenangan 21-10, 19-21, 21-16 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi.

Menanti mereka di suku akhir, Soon Huat-Shevon dijadualkan bertemu sama ada pasangan tuan rumah, Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh, atau beregu Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang.

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, 19-21, 21-12, 22-20 pada aksi pusingan kedua Terbuka India 2025 di Stadium Tertutup KD Jadhav, New Delhi, hari ini.

Sementara itu, beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa bermandi peluh selama 65 minit untuk mengetepikan juara Terbuka Malaysia 2025 minggu lalu, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, sebentar tadi.

Pasangan yang kini menghuni No. 3 dunia itu menewaskan gandingan pecah ganding dari Thailand dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-12, 22-20.

Menunggu mereka di suku akhir esok ialah juga pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat selepas menewaskan gandingan China, Cheng Xing-Zhang Chi, 17-21, 22-20, 17-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya