Delegasi tertinggi Syria kunjungi Arab Saudi - Utusan Malaysia

Delegasi tertinggi Syria kunjungi Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK : Delegasi tertinggi Syria tiba di Arab Saudi, semalam, sekaligus menjadikan kunjungan luar negara pertama oleh pemerintahan baharu negara tersebut selepas bekas Presiden, Bashar al-Assad digulingkan, bulan lalu.

Menurut agensi berita SANA, delegasi rasmi itu diketuai oleh Menteri Luar, Assaad al-Shibani; Menteri Pertahanan, Murhaf Abu Qasra; serta Ketua Perkhidmatan Perisikan Umum, Anas Khattab, tiba di ibu negara Riyadh atas jemputan Menteri Luar Arab Saudi.

“Kunjungan rasmi ini merupakan yang pertama sejak perubahan kepemimpinan di Syria,” kata sumber Kementerian Luar.

Bulan lalu, delegasi Arab Saudi bertemu dengan pemimpin baharu Syria, Ahmed al-Sharaa di Damsyik, menurut sumber yang rapat dengan kerajaan.

Sharaa kini mengetuai kumpulan pejuang Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang memimpin serangan pejuang yang berjaya menggulingkan Basahr, 8 Disember lalu.

Dalam wawancara bersama stesen televisyen Al Arabiya minggu lalu, Sharaa menyatakan keyakinannya terhadap peranan besar Arab Saudi dalam membangunkan semula Syria.

“Arab Saudi pasti akan memainkan peranan penting dalam masa depan Syria, menawarkan peluang pelaburan besar untuk semua negara jiran,” katanya.

Syria kini berdepan dengan kemusnahan ekonomi dan infrastruktur selepas lebih 13 tahun perang saudara yang bermula pada 2011 susulan tindakan keras terhadap demonstrasi pro-demokrasi.

Arab Saudi, yang memutuskan hubungan dengan kerajaan Bashar pada 2012 dan menyokong pejuang pada peringkat awal perang, telah memulihkan hubungan diplomatik dengan Damsyik, tahun lalu.

Riyadh turut memainkan peranan penting dalam kemasukan semula Syria ke Liga Arab, sekali gus menamatkan pengasingannya di rantau itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya