DeepSeek hadapi serangan siber, hadkan pengguna baharu

DeepSeek hadapi serangan siber, hadkan pengguna baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Syarikat kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, mengumumkan langkah mengehadkan pendaftaran pengguna baharu selepas perkhidmatannya diserang siber secara besar-besaran sejak Isnin lalu.

Syarikat itu, yang aplikasinya mengatasi populariti ChatGPT keluaran OpenAI sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun di Apple, memaklumkan serangan siber tersebut telah menyebabkan gangguan perkhidmatan dan ketidakmampuan untuk menerima pengguna baharu.

DeepSeek dibangunkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Hangzhou, China, dilaporkan mampu menandingi keupayaan AI diterajui syarikat terkemuka seperti Nvidia.

Kejayaan DeepSeek mendominasi kedudukan aplikasi di gedung Apple turut memberi kesan kepada saham gergasi teknologi berkaitan AI yang menjunam pada Isnin.

Sebagai projek AI generatif kos rendah, DeepSeek dilihat telah mencapai tahap teknologi syarikat Amerika Syarikat pada kos yang jauh lebih rendah.

Penganalisis sebelum ini berpendapat kelebihan utama AS dalam menghasilkan cip berkuasa tinggi, serta sekatan akses terhadap teknologi tersebut kepada China, memberi kelebihan kepada AS dalam persaingan AI.

Aplikasi DeepSeek, yang boleh diakses melalui peranti mudah alih dan dekstop, menawarkan pelbagai fungsi seperti menulis lirik lagu, merancang pembangunan peribadi, atau menyediakan resipi berdasarkan bahan makanan yang ada di dapur.

Namun, seperti chatbot buatan China lain seperti Ernie Bot keluaran Baidu, DeepSeek turut tertakluk kepada penapisan ketat terutama dalam perbincangan topik politik. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya