Coca-Cola tarik balik produk Eropah akibat kandungan klorat tinggi

Coca-Cola tarik balik produk di Eropah akibat kandungan klorat tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Unit pembotolan Coca-Cola di Eropah mengarahkan penarikan semula besar-besaran minuman Coke, Sprite dan beberapa jenama lain selepas mengesan kandungan klorat tinggi yang boleh memberi risiko kepada kesihatan.

Minuman dalam tin dan botol kaca yang mengandungi kadar klorat tinggi itu telah diedarkan di Belgium, Belanda, Britain, Jerman, Perancis dan Luxembourg sejak November lalu, menurut Coca-Cola Europacific Partners Belgium.

“Kami tidak mempunyai angka tepat, tetapi adalah jelas jumlah minuman yang terlibat adalah besar,” kata firma tersebut kepada AFP.

Klorat boleh ditemukan dalam makanan kerana ia berasal daripada bahan pembasmi kuman berasaskan klorin yang sering digunakan dalam rawatan air dan pemprosesan makanan.

Menurut laporan saintifik oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah pada 2015, pendedahan jangka panjang kepada klorat boleh menimbulkan kebimbangan kesihatan, khususnya kepada kanak-kanak yang mengalami kekurangan iodin ringan atau sederhana.

“Kebanyakan produk yang terjejas dan belum terjual telah dikeluarkan dari rak kedai, dan kami terus mengambil langkah untuk menarik balik semua produk yang masih berada di pasaran,” jelas Coca-Cola Europacific Partners Belgium.

Namun, cawangan syarikat itu di Perancis menyatakan analisis pakar bebas mendapati kemungkinan risiko berkaitan adalah sangat rendah.

Coca-Cola Europacific Partners memohon maaf atas penarikan semula itu yang dikesan melalui pemeriksaan rutin di tapak pengeluarannya di Ghent, Belgium.

Produk terjejas dikenal pasti melalui kod pengeluaran antara 328 GE hingga 338 GE dan termasuk jenama Minute Maid, Nalu, Royal Bliss dan Tropico.

“Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan di setiap pasaran yang terjejas,” kata firma tersebut.-CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya