SEOUL: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jeju Air, Kim E-bae dilarang meninggalkan Korea Selatan selepas insiden pesawat terhempas yang mengorbankan 179 orang.
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.
Ahad lalu, pesawat Jeju Air B737-800 itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan dan meletup apabila ia merempuh struktur konkrit.
Hanya dua daripada 181 penumpang yang terselamat dalam insiden berkenaan. -AFP