BWF enggan lanjut aksi sehingga lewat malam

BWF enggan lanjut aksi sehingga lewat malam

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh (tengah) meninjau keadaan gelanggang yang basah akibat kejadian bumbung bocor di gelanggang dua dan tiga pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perlawanan pusingan pertama Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena tergendala selepas insiden kebocoran bumbung, namun Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memaklumkan bahawa jadual perlawanan tidak akan dilanjutkan melebihi jam 1 pagi esok.

Pengarah Acara (Operasi Kejohanan) BWF, S. Selvaamresh berkata, pihaknya sedang mengatur langkah terbaik untuk memastikan perlawanan dapat disambung semula tanpa menjejaskan keselamatan pemain dan kelancaran kejohanan.

Beliau menyifatkan insiden kebocoran ini sebagai kali pertama berlaku sepanjang 18 tahun beliau terlibat dengan penganjuran Terbuka Malaysia.

“Kami sedang menilai keadaan di gelanggang dua dan tiga yang terkesan. Jika perlu, kami akan tutup gelanggang dua dan memindahkan perlawanan ke gelanggang satu dan tiga,” kata Selvaamramesh kepada pemberita dalam sidang media khas, hari ini.

Selvaamresh menegaskan bahawa pihaknya tidak bercadang untuk melanjutkan jadual sehingga lewat malam dan akan berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta pengadil mengenai jadual baru sekiranya diperlukan.

Menurut beliau, gelanggang tambahan tersedia sebagai langkah sokongan, namun keputusan penggunaannya masih belum dimuktamadkan.

“Kebocoran pertama dilaporkan sekitar jam 3.56 petang di gelanggang dua, sebelum gelanggang tiga turut terkesan pada jam 4.04 petang akibat hujan lebat yang melimpah masuk menerusi bumbung yang sedang dibaik pulih.

“Pasukan teknikal sedang bekerja keras mengeringkan kawasan basah, namun kebimbangan utama kami ialah keadaan lantai kayu di bawah gelanggang,” ujarnya.

Insiden ini turut memberi perhatian kepada cabaran penyelenggaraan Axiata Arena, yang sedang melalui proses penukaran bumbung buat kali pertama sejak 25 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya