Belum ada ibu bapa, waris tolak BAP - Kah Woh

Belum ada ibu bapa, waris tolak BAP – Kah Woh

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Belum ada ibu bapa atau waris murid serta pelajar sekolah yang menolak pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) setakat ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh selepas bantuan tersebut mula diagihkan pada 13 Januari lalu.

“Saya ingat, setakat ini iaitu selepas seminggu (pengagihan BAP dibuat) sebahagian besar daripada anak-anak kita sudah menerima bantuan awal ini.

“Jika ada timbul (isu) pun, mungkin minimal (sedikit), namun, dapat dikendalikan. Tak ada isu berkaitan ketelusan dan pelaksanaan serta penyaluran (BAP) dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Penyerahan ‘Smart Board’ kepada 13 buah sekolah di daerah Timur Laut di sini yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM221,000 di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lachang di sini, petang tadi.

Menerusi BAP, setiap murid dan pelajar sekolah iaitu dari Tahun 1 hingga Tingkatan 4 akan menerima wang sebanyak RM150 melalui dua kaedah pembayaran iaitu serahan tunai kepada ibu bapa atau pengkreditan terus ke dalam akaun bank murid tersebut atau ibu bapa masing-masing.

Kaedah itu bukan sahaja memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar, malah, mengelakkan daripada berlaku ketirisan berhubung pemberian bantuan persekolahan berkenaan.

Sementara itu katanya, penebusan baucar Buku Madani juga akan dilakukan secara dalam talian sepenuhnya bagi mengelakkan berlakunya isu yang sama iaitu ketirisan.

“Dalam hal ini, KPM (Kementerian Pendidikan) berharap agar inisiatif ini akan menjadi langkah positif dalam memperkukuh budaya membaca selain mencegah sebarang bentuk ketirisan seperti sebelum ini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya