Bapa, anak antara 16 mangsa terkorban kebakaran Los Angeles

Bapa dan anak antara 16 mangsa terkorban dalam kebakaran Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA : Kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan sekitar Los Angeles mengakibatkan 16 nyawa terkorban, termasuk seorang bapa yang kudung dan anaknya yang menghidap cerebral palsy.

Mangsa lain termasuk seorang wanita berusia 85 tahun yang enggan meninggalkan rumahnya kerana mahu bersama haiwan peliharaan kesayangan, serta seorang bekas bintang kanak-kanak dari Australia turut menjadi korban dalam kebakaran yang digambarkan sebagai paling dahsyat dalam sejarah kawasan tersebut.

Menurut laporan Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles, lima daripada kematian disebabkan oleh kebakaran Palisades Fire yang berlaku di pesisir pantai California Selatan, manakala enam lagi kematian dikaitkan dengan kebakaran Eaton Fire di timur Los Angeles.

Pihak berkuasa belum dapat mengesahkan jumlah korban keseluruhan memandangkan kawasan terbakar masih berbahaya akibat bekalan elektrik yang terputus, kebocoran gas dan ancaman lain.

Antara yang terkorban dalam kebakaran tersebut ialah Annette Rossilli, 85, yang memilih untuk kekal di rumahnya di Pacific Palisades bersama haiwan peliharaannya, termasuk anjing, burung kakak tua serta kura-kura meskipun dinasihati jiran dan penjaga untuk berpindah.

Mangsa enggan meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggalnya selama bertahun-tahun dan pihak bomba menemukan jasadnya di dalam kereta yang berada di kawasan kediamannya pada Rabu.

Anthony Mitchell yang bergantung kepada kerusi roda, ditemukan mati di sisi katil anak lelakinya, Justin, yang menghidap cerebral palsy.

Kedua-dua mangsa gagal berpindah ketika kebakaran Eaton Fire melanda kawasan kediaman mereka di Altadena.

Anak perempuan Mitchell, Hajime White berkata, bapanya tidak sanggup meninggalkan anaknya yang memerlukan penjagaan rapi.

Sementara itu, bekas bintang kanak-kanak Australia, Rory Callum Sykes, 32, terkorban apabila kebakaran Palisades Fire memusnahkan ladang keluarganya di Malibu.

Sykes, yang dilahirkan dengan cerebral palsy dan buta, dikenali kerana semangatnya mengatasi cabaran hidup dan terlibat dalam aktiviti kebajikan melalui organisasi yang diasaskannya.

Ibunya, Shelley Sykes yang turut berada di ladang itu berkata, usaha menyelamatkan anaknya gagal kerana kecederaan tangannya.

Kebakaran di Los Angeles ini bukan sahaja meragut nyawa tetapi juga memusnahkan seluruh komuniti dan rumah yang menjadi tempat berteduh mangsa selama beberapa dekad.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk memastikan punca kebakaran dan mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya