'Bantuan' angin bawa Wei Chong-Kai Wun ke suku akhir

‘Bantuan’ angin bawa Wei Chong-Kai Wun ke suku akhir

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei dan Yang Po Hsuan 21-15, 21-13 pada aksi pusingan kedua di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Kai Wun Tee menjadi wakil ketiga mengegarkan Axiata Arena apabila berjaya menempah tiket ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Taiwan, sebentar tadi.

Pasangan No. 14 dunia itu dengan mudah menewaskan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan yang merupakan pilihan kelapan kejohanan menerusi kemenangan straight set 21-15, 21-13 dalam masa 31 minit.

Wei Chong berkata, bermain di laman sendiri menjadi salah satu faktor untuk mara ke suku akhir serta turut mendedahkan bantuan angin memberinya beberapa mata berharga.

“Sebenarnya memang tidak mudah juga perlawanan hari ini, namun kami sudah melakukan persiapan dengan baik. Tambahan pula, faktor nasib juga agak membantu, mungkin ada bantuan angin.

“Saya tidak mahu fikir banyak sangat kerana ini adalah tahun baharu, jadi kami hanya mahu berikan yang terbaik. Tahun lepas kami berdepan prestasi tidak menentu, ada yang naik turun,” kata Wei Chong kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.

Ini merupakan pencapaian tertinggi di pentas Terbuka Malaysia buat beregu bukan pilihan itu susulan sering terkandas pada pusingan pertama sejak 2022.

Menanti Wei Chong-Kai Wun di suku akhir adalah perlawanan antara beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dan Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis.

Dalam pada itu, turut mara ke suku akhir adalah beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan membuat perhitungan menentang pasangan China, Cheng Xing-Zang Chi di suku akhir, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya