Bakal presiden baharu FAM, Terima kasih percaya saya- Joehari

Bakal presiden baharu FAM, Terima kasih percaya saya- Joehari

Mohd. Joehari Mohd. Ayub
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli gabungan yang mencalonkan beliau sebagai preisden baharu badan induk itu.

Jelasnya, kepercayaan dan keyakinan berkenaan akan dibalas dengan memberikan perkhidmatan terbaik sebaik sahaja mula bertugas kelak.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli gabungan FAM yang telah mencalonkan nama saya untuk jawatan Presiden FAM.

“Ini menunjukkan bahawa mereka memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada saya untuk menerajui FAM selepas Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak mempertahankan jawatan ini.

“Apa pun, kita tunggu hari Kongres FAM 2025 pada 15 Februari depan untuk formaliti saya memulakan tugas sebagai Presiden FAM bersama-sama barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif lain yang akan dipilih pada hari tersebut,” katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Joehari menjadi calon tunggal jawatan Presiden FAM bagi penggal 2025-2029 dan akan diangkat sebagai individu menduduki kerusi panas itu secara rasmi pada 15 Februari depan.

Sementara itu, jawatan timbalan presiden FAM juga turut tiada pertandingan, bermakna Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram akan terus kekal memegang jawatan berkenaan pada penggal seterusnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN