ASEAN akan jadi kuasa penting ekonomi dunia

ASEAN akan jadi kuasa penting ekonomi dunia

ANWAR Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland. - PEJABAT PERDANA MENTERI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan peranan ASEAN dalam ekonomi global dengan hampir 700 juta penduduknya mempunyai potensi besar untuk mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling pesat.
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN 2025 ketika berucap pada sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland, malam semalam.
Menurut beliau, Malaysia akan memberi penekanan terhadap keistimewaan rantau itu termasuk dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
“Selain potensi perdagangan dan ekonomi, ASEAN juga ingin memberi tumpuan kepada isu transisi tenaga selain isu seperti asas pendidikan, teknologi makanan, kesalinghubungan serta digital.
“Tumpuan kita selain asas pendidikan dan teknologi makanan adalah transisi tenaga, dengan grid dari Indochina, Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia ke Filipina. Ini suatu yang agak berlainan, satu kemajuan luar biasa,” katanya.
Antara perkara lain yang turut dibangkitkan Anwar adalah soal pertelingkahan antara negara kuasa besar, krisis Myanmar, perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel dan pengukuhan ekonomi ASEAN.
Menteri Kewangan itu berkata, ASEAN perlu terus kekal bersikap berkecuali dan tidak masuk campur dalam masalah yang membabitkan negara lain.
Kata beliau, ASEAN perlu memberi fokus penuhnya untuk menarik pelaburan bukan sahaja daripada Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tetapinegara-negara jiran terdekat seperti China, India serta Australia.
“Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan dan begitu juga rantau ASEAN perlu terbabit secara lebih agresif dengan pelaburan daripada AS dan Eropah. China menjadi jiran yang penting, malah kita
harus terus berbuat demikian bersama Australia, India dan negara-negara lain.
“Disebabkan ini, saya merasakan ASEAN adalah sebuah wilayah berpusat yang mampu terbabit secara dekat manamana negara dan masalah yang bukan masalah kita tidak sepatutnya menekan kita atau
berpihak kepada sesiapa,” katanya.
Malah, Anwar berkata, penting untuk ASEAN me ngekalkan keamanan dan keharmonian di rantai itu melalui penglibatan serta sikap salinghormat-menghormati.
Beliau berkata, ASEAN jugatidak boleh dipaksa untuk mengambil kedudukan bagi menentang mana-mana kuasa global.
“Kami cenderung untuk melibatkan diri dan membentuk dasar yang akan menguntungkan satu sama lain kerana jika anda memenuhinya, maka tidak akan ada keamanan dan ketenteraman dalam kalangan
negara jiran seperti yang anda lihat dalam kes Myanmar.
“Perkara paling kritikal ialah keamanan mesti terjamin dan anda tidak boleh dilihat meneruskan amalan diskriminasi atau apa yang dianggap sebagai keganasan terhadap minoriti atau mana-mana kumpulan,”
katanya.
Anwar menghadiri WEF 2025 buat kali pertama selepas mengambil alih pentadbiran pada 2022 atas jemputan Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF, Prof. Klaus Schwab.
Lawatan kerja ke Davos itu merupakan destinasi terakhir dalam siri lawatan kerja beliau merangkumi empat negara iaitu Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Belgium dan terakhir di Switzerland. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya