AS tingkatkan simpanan vaksin selesema burung ternakan ayam

AS tingkatkan simpanan vaksin selesema burung untuk ternakan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan membina semula simpanan vaksin selesema burung bagi ternakan ayam yang disesuaikan dengan strain terkini virus tersebut.

Selesema burung kini merebak dalam kalangan kawanan komersial dan burung liar, menurut Jabatan Pertanian AS (USDA).

Wabak selesema burung yang bermula pada awal 2022, mengakibatkan kematian lebih 130 juta burung, termasuk ternakan komersial, ayam halaman dan burung liar di kesemua 50 negeri, berdasarkan laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).

Virus itu juga merebak ke dalam kawanan lembu tenusu dan menjangkiti hampir 70 individu, kebanyakannya pekerja ladang yang terdedah kepada ternakan ayam atau lembu yang sakit.

AS sebelum ini membina simpanan vaksin bagi ternakan ayam selepas wabak besar selesema burung pada 2014 dan 2015, namun vaksin itu tidak pernah digunakan, menurut USDA.

“Disebabkan kemunculan strain baru HPAI (selesema burung berpatogen tinggi), terutamanya D1.1 daripada burung liar dan wabak yang berterusan di ladang ayam komersial, USDA percaya adalah wajar untuk membangunkan semula simpanan vaksin yang disesuaikan dengan strain semasa,” kata kenyataan tersebut.

Persatuan penternak ayam telur dan ayam belanda menyuarakan keperluan untuk menggunakan vaksin, memandangkan kerugian ekonomi besar yang dihadapi oleh petani yang terpaksa memusnahkan ternakan mereka.

Bagaimanapun, Menteri Pertanian AS, Tom Vilsack menjelaskan penggunaan vaksin itu tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat, sebahagiannya kerana risiko perdagangan.

USDA juga memaklumkan sebanyak 28 negeri telah menyertai program ujian susu pukal kebangsaan untuk mengesan selesema burung dalam kawanan lembu tenusu.

Dalam tempoh 30 hari lalu, USDA melaporkan terdapat kawanan ternakan yang dijangkiti di California dan Texas, menurut data agensi tersebut.

Langkah ini diambil bagi memastikan wabak dapat dikawal dengan lebih berkesan dan mengurangkan kesan buruk terhadap sektor penternakan serta kesihatan awam.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya