AS tarik diri dari Perjanjian Paris - Utusan Malaysia

AS tarik diri dari Perjanjian Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menandatangani tindakan eksekutif untuk menarik Amerika Syarikat (AS) daripada Perjanjian Paris, sama seperti dilakukannya pada penggal pertama pentadbiran.

Langkah itu adalah antara beberapa tindakan eksekutif yang ditandatanganinya di hadapan ribuan penyokong di Capitol One Arena.

Perjanjian Paris adalah perjanjian antarabangsa untuk memerangi perubahan iklim, dan hampir 200 negara telah komited untuk mengekalkan pemanasan global di bawah dua darjah Celsius dan idealnya di bawah 1.5 darjah.

Setiap negara bertanggungjawab untuk membangunkan rancangannya sendiri untuk menegakkan komitmen.

Terdahulu, Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden AS ke-47 di Bangunan Capitol AS, awal pagi tadi.-CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya