AS perlu kekal di Syria, halang kebangkitan semula Daesh

AS perlu kekal di Syria, halang kebangkitan semula Daesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Amerika Syarikat (AS) perlu mengekalkan penempatan tenteranya di Syria bagi menghalang kumpulan Daesh daripada kembali menjadi ancaman besar selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad, kata Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin.

Menurut Austin, kehadiran tentera AS adalah penting, terutamanya untuk memastikan keselamatan kem tahanan yang menempatkan puluhan ribu bekas pejuang Daesh dan ahli keluarga mereka.

“Kami masih mempunyai kerja untuk memastikan kumpulan Daesh tidak kembali menguasai,” katanya dalam wawancara di Pangkalan Udara Ramstein, Jerman.

Austin menjelaskan terdapat 8,000 hingga 10,000 pejuang Daesh dalam kem tahanan di Syria, dengan sekurang-kurangnya 2,000 daripadanya dianggap sangat berbahaya.

AS kini mempunyai kira-kira 2,000 anggota tentera di Syria, meningkat daripada angka sebelumnya sebanyak 900 orang.

Tentera itu mula dihantar pada 2015 selepas kumpulan militan itu menguasai sebahagian besar wilayah Syria.

Namun, persoalan mengenai kehadiran tentera AS timbul selepas kejatuhan rejim Assad pada 8 Disember lalu, yang menamatkan pemerintahan keluarganya selama beberapa dekad.

Tentera AS telah bekerjasama dengan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dalam operasi menentang Daesh.

Bagaimanapun, kerjasama ini mendapat tentangan daripada Turkiye, yang menganggap SDF sebagai sekutu kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK), sebuah organisasi yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Ankara.

Austin menyatakan pada masa hadapan, SDF mungkin diserap ke dalam tentera Syria dan mengambil alih kawalan ke atas kem tahanan Daesh.

Namun, buat masa ini, beliau menegaskan kepentingan AS di rantau itu masih perlu dilindungi.

“Kami perlu memastikan segala usaha dijalankan untuk melindungi kepentingan kami,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya