AS penyumbang terbesar, WHO kesal Trump umum tarik diri

AS penyumbang terbesar, WHO kesal Trump umum tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesal terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menandatangani perintah eksekutif untuk menarik negara itu daripada organisasi berkenaan hanya beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah jawatan.

Trump, yang sebelum ini kerap mengkritik WHO berhubung pengurusan pandemik Covid-19, mendakwa badan itu tidak adil kepada AS. 

Beliau menyatakan negara itu menyumbang lebih banyak dana berbanding China kepada organisasi tersebut.

“WHO telah memperdaya kita,” tegas Trump ketika berucap di Rumah Putih selepas pelantikannya.

AS yang merupakan penyumbang terbesar kepada organisasi berpangkalan di Geneva itu, memberikan sokongan kewangan penting untuk operasi WHO di peringkat global.

Jurucakap WHO, Tarik Jasarevic, dalam satu sidang akhbar di Geneva berkata, badan itu kecewa dengan keputusan tersebut dan berharap AS akan mempertimbangkan semula pendirian mereka.

“WHO memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan dan keselamatan masyarakat dunia, termasuk rakyat Amerika sendiri. 

“Kami berharap dapat meneruskan dialog konstruktif untuk mengekalkan kerjasama antara AS dan WHO demi kebaikan jutaan manusia di seluruh dunia,” katanya.

Keputusan AS untuk menarik diri dijangka memberi kesan besar kepada usaha kesihatan global kerana dana dari Washington merupakan nadi utama bagi banyak program di bawah WHO.

Keputusan ini dibuat pada saat dunia berdepan kebimbangan terhadap potensi pandemik baharu termasuk wabak selesema burung (H5N1) yang  meragut satu nyawa di AS. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya