WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kes kematian pertama akibat selesema burung, menurut pihak berkuasa kesihatan di negeri Louisiana.
Mangsa merupakan seorang warga emas berusia lebih 65 tahun yang mengalami komplikasi kesihatan lain dan telah dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan.
Tambahnya lagi, mangsa dipercayai terdedah kepada kombinasi virus ternakan burung di halaman rumah dan burung liar.
Menurut kenyataan, ini merupakan kes jangkitan serius pertama virus H5N1 yang dikesan melibatkan manusia di negara itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan risiko kesihatan awam akibat selesema burung kekal berada pada tahap ‘rendah’.
Sekurang-kurangnya 67 kes mengenai selesema burung direkodkan di negara tersebut setakat ini.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memaklumkan kebanyakan kes jangkitan selesema burung dalam kalangan manusia di AS telah dikesan dalam tempoh 10 bulan terakhir.
Kebanyakan kes dilaporkan adalah ringan dengan gejala seperti mata merah, batuk dan bersin.–AGENSI