Arif-Roy King 'tunjuk' Ahsan-Hendra jalan pulang buat selama-lamanya

Arif-Roy King ‘tunjuk’ Ahsan-Hendra jalan pulang buat selama-lamanya

ARIF Junaidi-Yap Roy King menewaskan beregu veteran Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 14-21, 13-21 pada aksi pusingan kedua Indonesia Masters 2025 di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King mencipta kejutan apabila menumpaskan pasangan berpengalaman tuan rumah, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada perlawanan pusingan kedua Indonesia Masters 2025 di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Pada aksi yang mendebarkan itu, Arif-Roy King tidak mempunyai masalah untuk mencatat kemenangan ke atas bekas juara dunia 2013 itu pada set pertama 14-21.

Set kedua menyaksikan, Ahsan-Hendra kelihatan ‘letih’ untuk melayan pukulan beregu No. 20 dunia itu susulan dimamah usia sekali gus turut tewas 13-21.

Arif-Roy King seterusnya dijadualkan bertemu dengan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada aksi suku akhir, esok.

Ini merupakan perlawanan terakhir Ahsan-Hendra selepas membuat keputusan untuk bersara dari sukan badminton selepas hampir 13 tahun menjadi beregu terkemuka dunia.

Hendra yang sebelum itu digandingkan bersama dengan legenda Indonesia, Markis Kido sejak awal kariernya manakala Ahsan bersama Bona Septano.

Dalam pada itu, beregu lelaki profesional negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong menemui jalan keluar selepas gagal mengatasi pilihan utama, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Bagaimanapun, beregu negara memberi tentangan sengit kepada pasangan No. 4 dunia itu dari Indonesia dalam pertarungan tiga set 16-21, 21-7, 21-16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya