Arif-Roy King tunduk kepada beregu berpengalaman

Arif-Roy King tunduk kepada beregu berpengalaman

AKSI pasangan beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King ketika menentang pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu lagi wakil negara gugur dan kali ini beregu lelaki, Arif Junaidi-Yap Roy King terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki Kim Won Ho-Seo Seung Jae memisahkan kualiti permainan kedua-dua beregu pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Arif-Roy King yang kini menghuni ranking ke-23 dunia tewas straight set kepada gandingan pecah ganding Korea Selatan itu 17-21, 11-21 dalam masa 44 minit.

Melakukan penampilan sulung pada Terbuka Malaysia yang berstatus Super 1000, persembahan Arif-Roy King tidaklah terlalu mengecewakan, mereka berusaha keras menghadirkan tentangan sengit kepada pasangan Korea Selatan yang memiliki kelebihan dari segenap sudut.

Aksi pada set pertama khususnya, Arif-Roy King berusaha mengimbang permainan laju yang dipamerkan Won Ho-Seung Jae, namun, beberapa kesilapan termasuk menolak bola keluar gelanggang telah menghadirkan mata mudah kepada lawan.

Tidak pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa, Arif-Roy King lebih banyak bertahan dan terpaksa menahan asakan Won Ho-Seung Jae yang tahu bagaimana untuk mengutip mata demi mata berbanding pasangan Malaysia itu.

Bagi pasangan Korea Selatan itu, walaupun mereka merupakan beregu yang baharu digandingkan tetapi kedua-dua pemain berkenaan telahpun mencipta nama besar dengan Won Ho merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 di Paris, manakala, Seung Jae adalah bekas juara dunia.

Kegagalan Arif-Roy King, bermakna mereka mengikut jejak langkah beregu No. 3 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang tersingkir seawal pusingan pertama, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya