Arab Saudi dijangka dilanda banjir kilat, hujan lebat hingga Ahad ini

Arab Saudi dijangka dilanda banjir kilat, hujan lebat hingga Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Penduduk Arab Saudi diberi amaran agar bersiap sedia menghadapi cuaca buruk termasuk ribut petir dan banjir kilat yang dijangka melanda beberapa kawasan di negara itu sehingga Ahad ini.

Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi menasihatkan orang ramai agar kekal berada di tempat selamat dan menjauhi kawasan yang berisiko.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), beberapa wilayah termasuk Riyadh, Jeddah, Al-Baha, Asir dan Jazan diramal mengalami hujan lebat berserta angin kencang, hujan batu dan risiko banjir yang tinggi.

Hujan lebat yang melanda beberapa bandar seperti Mekah, Jeddah, Al-Baha dan wilayah Asir pada 8 Januari lalu, menyebabkan banjir kilat dan limpahan air di kawasan perumahan.

Bandar Mekah dilaporkan mengalami kesan paling teruk, dengan beberapa jalan utama dinaiki air sehingga menyebabkan kenderaan terapung.

Rakaman video dan gambar yang dimuat naik penduduk di media sosial menunjukkan usaha penduduk membentuk rantaian manusia bagi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam arus deras.

Walaupun tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini, pihak berkuasa menghadapi cabaran besar dalam menangani bencana ini kerana banjir adalah fenomena luar biasa bagi kawasan padang pasir seperti Arab Saudi.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi telah mengeluarkan amaran merah untuk kawasan berhampiran pantai Laut Merah dan menutup semua tempat awam di wilayah terjejas.

Sementara itu, sesi persekolahan di Wilayah Timur dan Riyadh telah beralih kepada pembelajaran dalam talian sebagai langkah keselamatan.

Dalam usaha menangani kebimbangan kesihatan awam, pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Saudi (SRCA) dilaporkan meningkatkan kesiapsiagaan mereka untuk memberikan bantuan kecemasan.-ARABNEWS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya