Anis tolak pramugari demi basikal trek

Anis tolak pramugari demi basikal trek

ANIS Amira Rosidi pernah ditawarkan untuk menghadiri sesi temuduga sebagai pramugari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMILIKI wajah yang cantik menawan serta ketinggian persis model yang menjadi ‘aset’ dan pakej lengkap buat pelumba berbasikal trek wanita negara, Anis Amira Rosidi.

Atlet kelahiran Kangar, Perlis itu mendedahkan bahawa jika bukan kerana sukan berbasikal, dia mungkin kini berkhidmat di atas awan sebagai seorang pramugari.

Anis yang memiliki ketinggian 1.78 meter, sering menjadi perhatian kerana tubuhnya yang tinggi lampai berbanding pelumba wanita tempatan lain.

Dengan kelebihan yang dimilikinya itu, Anis mengakui pernah menerima beberapa tawaran untuk menghadiri temuduga sebagai pramugari di syarikat penerbangan.

“Saya memang minat dengan kerjaya sebagai pramugari, tetapi terpaksa menolak tawaran itu kerana saya lebih menyayangi sukan berbasikal,” kata Anis kepada Mingguan Malaysia.

ANIS Amira sentisa menjadi tumpuan kerana penampilan dan ketinggian yang dimilikinya.

Anis juga menjelaskan bahawa dia mahu memenuhi impian dalam dunia sukan berbasikal trek sebelum memikirkan perkara lain dalam hidupnya.

Selain berbasikal, Anis turut aktif dalam acara olahraga 200 meter dan 400 meter sebelum mengalami kecederaan pada usia 15 tahun.

Dia turut mendedahkan bahawa pada suatu masa dahulu bahawa beliau juga pernah bermain bola jaring, namun sukan itu tidak kena dengan ‘jiwanya’.

“Ibu saya, Nasura Andah, pernah aktif dalam bola jaring, tetapi saya tidak teruskan kerana tidak berminat dalam sukan tersebut,” ujarnya.

Walaupun tidak menyambung jejak ibunya, Anis pernah mewakili pasukan bola jaring negeri Perlis dalam pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Anis turut menceritakan bahawa disebabkan ketinggiannya, ada yang menyarankan agar dia menceburi bidang peragawati.

“Beberapa orang mengatakan, kenapa saya perlu bersusah payah berbasikal, lebih baik saya jadi model sahaja,” jelasnya.

ANIS AMIRA ROSIDI

Namun begitu, Anis menjelaskan bahawa pelumba luar negara juga mempunyai tubuh yang lebih besar dan tinggi berbanding dirinya.

Pada seawal usia 21 tahun, Anis mula menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih yang juga Pengarah Teknikal Berbasikal Trek Kebangsaan pada masa kini, John Beasley.

Sebagai pelumba pecut, Anis berkata, dia menghadapi kesukaran dalam menambah berat badan serta jisim otot ketika itu.

“Memang agak tertekan kerana saya sering kehilangan berat badan selepas menjalani latihan atau pertandingan jauh.

“Faktor keturunan juga mungkin memainkan peranan, kerana keluarga saya kebanyakannya kurus,” kata Anis.

Bagaimanapun, dengan bantuan nasihat daripada pakar pemakanan, dia kini berjaya mengatasi masalah berat badan tersebut.

Anis berharap dapat terus meningkatkan prestasinya dalam sukan berbasikal trek dan mencapai impian yang telah lama disematkan.-UTUSAN

PROFIL

NAMA: Anis Amira Rosidi
TARIKH LAHIR: 20 Januari 1998
UMUR: 27
ASAL: Kangar, Perlis
ACARA: Pecut

PENCAPAIAN:

-Emas acara pecut berpasukan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

-Gangsa acara kejar mengejar remaja wanita Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2014 Astana, Kazakhstan

-Gangsa acara pecut berpasukan ACC 2020 Jincheon, Korea Selatan

-Perak acara pecut berpasukan ACC 2024 New Delhi, India

-Gangsa acara keirin ACC 2024 New Delhi, India

-Gangsa acara pecut berpasukan Sukan Asia 2022 Hangzhou, China

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya