Anggota tentera AS guna ChatGPT rancang letupan di Hotel Trump

Anggota tentera AS guna ChatGPT rancang letupan di Hotel Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Suspek insiden letupan kereta Tesla Cybertruck di depan Hotel Trump International di Las Vegas semasa tahun baharu, dilaporkan menggunakan ChatGPT bagi merancang letupan tersebut.

Pegawai Polis Metropolitan Las Vegas, Kevin McMahill berkata, suspek menggunakan perisian chatbot popular itu bagi mengira jumlah bahan peranti yang diperlukan bagi mencetuskan letupan itu.

“Kami mempunyai bukti kukuh suspek menggunakan teknologi kecerdasan buatan ChatGPT untuk merancang serangan ini.

“Ini adalah kes pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan ChatGPT digunakan bagi membantu seseorang membina peranti tertentu,” katanya dalam sidang akhbar.

Identiti mangsa yang ditemukan mati di dalam kenderaan itu, dikenal pasti sebagai Matthew Livelsberger, 37, seorang anggota tentera yang masih aktif dari Colorado Springs.

Pihak berkuasa mengesahkan dia bertindak secara bersendirian dan insiden itu disifatkan sebagai kes bunuh diri.

Pengkritik kecerdasan buatan (AI) sudah lama memberi amaran teknologi tersebut boleh disalahgunakan untuk tujuan berbahaya dan insiden di Las Vegas dijangka menambah lagi kebimbangan terhadap ancaman AI.

Sementara itu, pembangun ChatGPT, OpenAI menyatakan pihaknya komited memastikan alat AI digunakan secara bertanggungjawab.

“Model kami direka untuk menolak arahan yang bersifat berbahaya atau menyalahi undang-undang,” jelas syarikat itu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya