KUPANG: Seorang pengetua sekolah di Mantaas Kecamatan Labuanamas Utara, Kabupaten Hulu Sungai Tengah maut dibunuh, kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu.
Lapor Tribunnews, mangsa ditetak menggunakan parang oleh seorang lelaki mabuk di sebuah warung di Desa Banua Kupang.
Mangsa mengalami 24 kecederaan akibat ditetak di bahagian kepala, leher, badan dan jari tangannya putus.
“Motif serangan dikatakan kerana suspek cemburu dengan pemilik warung yang mahu bernikah dengan mangsa,” kata sumber Banjarmasin Post.
Difahamkan, pada mulanya, mangsa datang ke rumah bakal isterinya, Ritaful Mufiah pada waktu malam.
Pada waktu sama, suspek yang merupakan bekas kekasih wanita itu datang ke lokasi kejadian.
Selepas mengetahui mangsa ada di dalam rumah wanita itu, suspek menjerit dan menghalau lelaki tu keluar.
Awalnya, mangsa enggan keluar, namun pelaku terus memprovokasi mangsa dengan menghambur kata-kata kesat sehingga mangsa akhirnya keluar dari rumah berkenaan.
Seujurus keluar, tidak semena-mena mangsa ditetak dengan perang oleh suspek.
Mangsa sempat melarikan diri ke warung, namun dikejar pelaku hingga berlaku 24 kali tetakan. Suspek kemudian melarikan diri.
Mangsa sempat dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat serangan itu.