Aaron-Wooi Yik tunjuk 'taring', Pearly-Thinaah ke suku akhir

Aaron-Wooi Yik tunjuk ‘taring’, Pearly-Thinaah ke suku akhir

AARON Chia-Soh Wooi Yik menewaskan gandingan China, Xie Hao Nan-Zhang Wei Han, 21-10, 21-18 pada aksi pusingan kedua Terbuka India 2025, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempamerkan aksi mantap untuk mara ke suku akhir Terbuka India 2025, hari ini.

Gandingan No. 5 dunia itu, menewaskan pasangan China, Xie Hao Nan-Zhang Wei Han, dengan kemenangan mudah 21-10, 21-18 dalam masa 33 minit di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.

Prestasi cemerlang ini menjadi suntikan semangat selepas mereka tersingkir awal di pusingan kedua Terbuka Malaysia minggu lalu.

Aaron-Wooi Yik akan berdepan cabaran sengit di suku akhir menentang sama ada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Kedren Kittinupong, atau beregu Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Dalam pada itu, saingan beregy wanita negara menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah turut mencuri perhatian apabila mara ke suku akhir selepas lawan mereka dari China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, menarik diri.

Ketika perlawanan dihentikan, Pearly-Thinaah sedang mendahului 14-4 dalam set pertama, sekaligus melayakkan mereka ke pusingan seterusnya.

Pasangan No. 7 dunia itu bakal menentang beregu Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi suku akhir, esok.

Dalam perkembangan perseorangan lelaki, Leong Jun Hao gagal mengulangi magisnya selepas tewas kepada pemain China, Weng Hong Yang, di pusingan kedua hari ini

Jun Hao, yang sebelum ini mengejutkan juara Sukan Asia, Li Shi Feng dari China, tewas straight set 21-18, 21-12, dan dijangka bertemu Hong Yang sekali lagi di Indonesia Masters, minggu depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya