CIREBON: Sebanyak 200 rumah di Desa Watubelah, Kecamatan Sumber, Kabupaten Cirebon, Jawa Barat ditenggelamkan oleh banjir, malam tadi. Lapor Kompas.com, ketinggian air mencapai lebih 1.5 meter sehingga menyebabkan penduduk menjadi panik. Hasil pemantauan mendapati, sejumlah penduduk berusaha meninggalkan rumah mereka kerana permukaan air yang semakin tinggi. Penduduk dilihat keluar dari kediaman sambil berpegangan tangan bagi mengelak daripada dihanyutkan oleh air yang mengalir sangat deras. Keadaan bertambah lebih buruk apabila bekalan elektrik terputus yang menyukarkan lagi operasi pemindahan. Seorang penduduk berkata, banjir tu adalah yang terburuk sejak 2010. Katanya, penduduk tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya