20 maut pesawat terhempas di Sudan Selatan

20 maut pesawat terhempas di Sudan Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUBA: Sebuah pesawat yang membawa 21 penumpang dan anak kapal terhempas di Unity State, Sudan Selatan sehingga mengorbankan 20 orang, lapor Radio Miraya yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan itu, hanya seorang individu terselamat selepas pesawat itu berlepas dari sebuah kawasan medan minyak di negeri utara sebelum terhempas, pagi semalam.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai nahas belum didedahkan.

Sementara itu, Menteri Penerangan Sudan Selatan, Michael Makuei belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Negara yang bergolak akibat perang saudara itu sebelum ini telah menyaksikan beberapa tragedi nahas udara.

Pada September 2018, sekurang-kurangnya 19 orang terkorban apabila sebuah pesawat kecil yang dalam penerbangan dari ibu negara, Juba ke bandar Yirol, terhempas.

Pada 2015 pula, puluhan mangsa terkorban selepas sebuah pesawat kargo buatan Russia yang membawa penumpang terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juba.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN