18 lokasi perangkap had laju di Selangor sempena Tahun Baharu Cina

18 lokasi perangkap had laju di Selangor sempena Tahun Baharu Cina

HUSSEIN Omar Khan mengagihkan topi keledar secara percuma kepada penunggang motosikal di Plaza Tol PJS2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 18 lokasi di sekitar Selangor dikenal pasti sebagai tumpuan perangkap had laju dalam Op Lancar yang dilaksanakan Polis Selangor bermula 28 Januari hingga 2 Februari depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lokasi terbabit melibatkan tujuh daerah di negeri ini, dengan tumpuan utama diberikan di lebuh raya dan jalan utama yang sering digunakan pengguna jalan raya sempena perayaan.

“Antara lokasi perangkap had laju yang akan diberi perhatian ialah di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Jalan Klang-Teluk Intan serta Plaza Tol Sungai Besi.

“Selain itu, polis turut menjalankan rondaan di 62 lokasi panas serta 32 kawasan blackspot di seluruh Selangor bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya pada sidang akhbar sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di sini hari ini.

Menurut Hussein, operasi itu bertujuan melancarkan aliran trafik serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menyalurkan aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman di talian 03-2266 3356.

“Selain itu, aduan juga boleh dibuat menerusi Bilik Gerakan Trafik Selangor di 03-5510 0559 atau Hotline CCC Selangor di 03-5514 5206,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya