15 maut trak rempuh orang ramai di New Orleans

15 maut trak rempuh orang ramai di New Orleans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seramai 15 orang maut dan 25 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah trak merempuh orang ramai di Jalan Canal dan Bourbon, French Quarter, New Orleans, kira-kira pukul 3.15 pagi, pada Rabu.

Saksi dilaporkan melihat sebuah trak dipandu laju ke arah orang ramai di lokasi berkenaan sebelum pemandunya keluar dari kenderaan dan melepaskan tembakan.

Bagaimanapun, anggota polis berjaya menembak mati pemandu yang dikenal pasti sebagai warga AS yang berasal dari Texas, Shamsud-din Jabbar, 42.

Ejen Khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, Alethea Duncan berkata, terdapat bahan letupan buatan ditemukan di dalam kenderaan tersebut.

“Kami sedang mengesahkan sama ada ia benar-benar berfungsi atau tidak.

“Rempuhan ini disiasat sebagai insiden keganasan kerana kami juga menemukan bendera Daesh di dalam trak itu,” katanya dalam sidang akhbar.

Pihak polis juga menolak kemungkinan suspek memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah kerana jelas pemandu itu bertindak dengan sengaja.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya