12 pegawai penyelidik kes jenayah Trump dipecat

12 pegawai penyiasat kes jenayah Trump dipecat

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Lebih 12 pegawai yang terlibat dalam penyiasatan jenayah ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipecat, menurut sumber yang rapat dengan insiden tersebut.

Pemecatan tersebut diumumkan menerusi surat daripada Pemangku Peguam Negara, James McHenry yang menyatakan pegawai-pegawai berkenaan tidak boleh ‘dipercayai’ untuk melaksanakan agenda Trump.

“Sebagai individu yang memainkan peranan penting dalam pendakwaan terhadap Presiden Trump, kepercayaan kepemimpinan Jabatan ini terhadap anda untuk melaksanakan agenda Presiden kini tidak lagi wujud,” tulis McHenry dalam surat itu.

Tindakan dibuat ketika pentadbiran Trump mengambil langkah tegas untuk menyiasat Pendakwa Raya yang mengetuai kes jenayah terhadap peserta rusuhan Capitol pada 6 Januari, susulan janji Trump untuk membalas dendam sebagai sebahagian daripada kempen beliau.

Ed Martin, Pemangku Peguam AS di Washington telah melancarkan siasatan terhadap pendakwa yang menggunakan Akta 1512(c) untuk mendakwa perusuh, yang kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Agung pada musim panas lalu.

Dalam memo yang dikeluarkan Isnin, Martin mengarahkan pendakwa untuk menyerahkan semua dokumen, fail, nota, emel dan maklumat berkaitan kepada dua pendakwa jabatan tersebut, yang perlu menyediakan laporan penuh menjelang Jumaat.

“Penggunaan Akta 1512 ini adalah kegagalan besar pejabat kita, keputusan Mahkamah Agung dan kita perlu menyiasat punca keputusan yang lemah ini,” menurut memo tersebut.

Langkah itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendakwa yang terlibat dalam kes rusuhan Capitol, dengan beberapa individu kini mendapatkan khidmat peguam bagi mempertahankan diri.

Seorang pegawai kanan pentadbiran yang rapat dengan memo Martin menyifatkan siasatan itu sebagai ‘misi pencarian fakta’ dan menegaskan ia bertujuan mengenal pasti kelemahan dalam keputusan pendakwaan terdahulu.

“Pejabat sebelum ini melakukan kesilapan besar apabila memfailkan ratusan kes yang akhirnya ditolak Mahkamah Agung. 

“Penting untuk kita mencari punca kepada keputusan buruk ini,” kata pegawai tersebut. -CNN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya