10 maut dalam insiden tembakan di Montenegro - Utusan Malaysia

10 maut dalam insiden tembakan di Montenegro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CETINJE : Seorang lelaki bersenjata bertindak ganas dengan melepaskan tembakan di sebuah bandar kecil di Montenegro, semalam, sehingga mengorbankan 10 orang.

Insiden tembakan itu disifatkan sebagai antara kejadian terburuk dalam sejarah negara kecil di Balkan itu.

Menurut pihak polis, suspek yang dikenali sebagai Aleksandar Martinovic, 45, memulakan serangan di sebuah restoran di bandar Cetinje, kira-kira 38 kilometer dari ibu negara Podgorica, dan menembak mati empat individu di lokasi itu.

Suspek kemudian bergerak ke tiga lokasi lain, dengan melepaskan tembakan terhadap sebuah ahli keluarga yang terdiri daripada dua kanak-kanak serta tiga mangsa lain.

Seramai empat individu lain turut cedera parah dalam kejadian itu.

Suspek yang dilaporkan memiliki rekod lampau berkaitan pemilikan senjata api secara haram, kini dalam buruan pihak berkuasa.

Pasukan polis menggunakan dron berteknologi pengesanan haba bagi membantu pencarian, sementara unit khas dan pasukan anti-keganasan dikerahkan ke kawasan berbukit sekitar Cetinje.

“Lokasi pencarian telah dikecilkan dan kami akan melakukan segala usaha untuk memberkas individu ini,” kata Pengarah Polis Montenegro, Lazar Scepanovic.

Menurutnya, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku.

Presiden Montenegro, Jakov Milatovic turut meluahkan rasa sedih terhadap insiden tersebut.

“Kami mendoakan dan berharap agar mangsa yang cedera segera pulih,” katanya dalam kenyataan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya