Zul Fadlee mahu menang KO, Adib idam tali pinggang

Zul Fadlee mahu menang KO, Adib idam tali pinggang

ADIB (kiri) dan Zul Fadlee sudah bersedia berentap di final KL Fight League hujung minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir KL Fight League 2024 yang menampilkan pertarungan jaguh Muay Thai dari Negeri Sembilan, Mohammad Adib Mohammad Ramlee berdepan Zul Fadlee dari kelab Fighter Den dalam kategori Pro League dijangka bakal berlangsung sengit.

Adib dan Zul Fadlee bakal bertarung merebut gelaran dalam acara utama final 57-60 kilogram (kg) di Stadium Titiwangsa, Ahad ini dengan Adib yang pernah mewakili Negeri Sembilan di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 turut mahu merangkul tali pinggang sulungnya.

“Untuk strategi, itu saya tak boleh beritahu dahulu sebab perlawanan belum berlangsung. Jadi apa yang boleh saya cakap, saya sudah berlatih dengan baik dan bersedia dan kita tunggu sahaja di gelanggang nanti.

“Saya memang berhasrat nak membawa balik tali pinggang ini. Berdasarkan latihan, saya yakin dengan diri saya.

“Kalau boleh saya nak menang dengan keputusan Knock Out (KO). Tapi dalam sukan tempur ini, apapun boleh jadi, jadi saya akan buat yang terbaik,” kata Adib yang merekodkan lapan kemenangan dan dua kekalahan dalam perlawanan disertainya sebelum ini.

Sementara itu, Zul Fadlee bukan sahaja mahu memenangi tali pinggang itu malah meletakkan sasaran untuk menang berdepan Adib dengan keputusan KO.

“Saya sudah meningkatkan tahap latihan saya. Jadi saya memang memberi fokus sepenuhnya untuk perlawanan akhir ini.

“Saya mahu menang dengan keputusan KO,” katanya yang telah merekodkan 14 menang daripada 15 perlawanan dalam pertarungan Pro.

PENGANJUR kejohanan, Muhammad Ayub Mohd Jamal (tengah).

Dalam pada itu, penganjur kejohanan, Muhammad Ayub Mohd Jamal berkata, objektif kejohanan ini adalah untuk meramaikan lagi atlet muay thai profesional pada masa akan datang.

“Ada (atlet) miliki rekod 20 atau 30 pertarungan tapi jurang mereka dengan atlet senior masih jauh dan ia agak ketara. Jadi KL Fight League ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman.

“Untuk tahun depan, kejohanan akan lebih besar apabila bercadang untuk menjadikan ia sebagai KL Fight League International dengan ketika ini sudah berjaya menarik minat beberapa negara antaranya seperti Vietnam dan Kemboja,” katanya.

Selain itu, turut mencuri tumpuan pada hari kejohanan nanti adalah pertembungan antara atlet muay thai wanita yang juga pemenang pingat emas SUKMA Sarawak, Eva Anatasia yang bakal berentap dengan Ecah Gomo dalam kategori 45 hingga 48kg.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya