Zii Jia cedera buku lali kanan, sah tarik diri Jelajah Dunia Akhir

Zii Jia cedera buku lali kanan, sah tarik diri Jelajah Dunia Akhir

LEE Zii Jia terpaksa menarik diri dari Terbuka India dan Indonesia Masters, Januari ini berikutan ligamen buku lali kanannya. IHSAN LAMAN X
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan beliau menarik diri dari Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 apabila mengalami kecederaan buku lali kanan semasa aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Gimnasium Olimpik Hangzhou, pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan ketika mendahului set kedua menentang wakil China, Li Shi Feng.

Anak jati Alor Setar, Kedah itu gagal meneruskan permainan dan diusung keluar dari gelanggang menggunakan kerusi roda.

Menurut peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), susulan penarikan diri Zii Jia dari kejohanan berkenaan, bermakna kesemua keputusan termasuk dua kemenangannya sebelum ini dibatalkan.

Tempat Zii Jia kini bakal direbut oleh perlawanan di antara pemain Denmark, Anders Antonsen menentang wakil Taiwan, Chou Tien Chow bagi penentuan ke separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya