Young Tigress layak ke Piala Dunia Remaja 2025

Young Tigress layak ke Piala Dunia Remaja 2025

PEMAIN hoki remaja negara (kiri) cuba melepasi pemain Thailand ketika kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam di Stadium Hoki Oman, Muscat, hari ini. - Ihsan Asian Hockey Federation
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki remaja wanita negara muncul pasukan kelima terbaik dalam kempen Piala Remaja Asia 2024 selepas membelasah 6-0 pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam di Stadium Hoki Oman, Muscat, sebentar tadi.

Kejayaan tersebut turut membolehkan skuad kendalian Lailin Abu Hassan itu layak beraksi secara merit di Piala Dunia Remaja di Chile pada tahun hadapan.

Dalam aksi tersebut, Nurshamine Azureen Mohammed Badusha muncul wira pasukan apabila meledak tiga gol padang masing-masing pada minit kedua, kesembilan dan ke-19.

Dua lagi lagi gol dijaringkan Azmyra Mia Sofea Azhairy pada minit ke-30 dan ke-53 dan satu lagi jaringan dihasilkan oleh Thibatharshini James pada minit ke-47 menerusi pukulan sudut penalti.

Pemain negara, Zati Alyani Muhammad Zubir menerima anugerah pemain terbaik perlawanan manakala Nurshamine Azureen Mohammed Badusha dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Meningkat. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya