Young Tigers tempah laluan berliku

Young Tigers tempah laluan berliku

PEMAIN hoki remaja negara cuba melepasi pertahanan Pakistan ketika kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Remaja Asia di Stadium Hoki Oman, Muscat, hari ini. - Ihsan AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat skuad hoki remaja negara untuk menamatkan saingan peringkat Kumpulan B Piala Remaja Asia sebagai juara tidak kesampaian apabila tewas 4-1 kepada Pakistan di Stadium Hoki Oman, Muscat, sebentar tadi.

Kekalahan itu turut menyaksikan skuad kendalian I Vikneswaran berdepan tugas getir apabila dijadual menentang juara bertahan, India di peringkat separuh akhir kejohanan pada Selasa ini.

Sufyan Khan muncul wira Pakistan apabila menjaringkan tiga gol dalam aksi tersebut masing-masing pada minit ketiga, ke-35 dan ke-58 manakala satu lagi jaringan dihasilkan oleh Abdul Qayyum pada minit ke-51.

Gol tunggal Young Tigers dijaringkan oleh Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari pada minit ke-23 menerusi gol padang.

Pakistan akan menentang naib juara Kumpulan A sama ada Jepun atau Korea Selatan dalam satu lagi aksi separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya