Wooi Yik akui rasa kehilangan Bin Shen

Wooi Yik akui rasa kehilangan Bin Shen

Aaron Chia Soh Wooi Yik
SOH Wooi Yik dan Aaron Chia tekad mendapatkan kejuaraan di Terbuka Malaysia pada 7 hingga 12 Januari ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik mengakui terasa dengan pemergian ketua jurulatihnya, Tan Bin Shen selepas banyak perkara yang dilalui oleh mereka bersama.

Wooi Yik yang bergandingan bersama Aaron Chia meluahkan penghargaannya kepada Bin Shen yang selalu ada bersama mereka tatkala dia menghadapi kesukaran terutamanya ketika berdepan masalah kecederaan.

“Sudah tentu beri impak besar. Empat hingga lima tahun ada hubungan bersama dengannya jadi banyak perkara yang dipelajari daripadanya dan dia bawa kami ke tahap dunia,” katanya.

Terdahulu, BAM membuat pengumuman mengejut apabila Bin Shen bakal meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 13 Januari depan sekali gus menyaksikan Terbuka Malaysia yang bermula 7 hingga 12 Januari 2025 menjadi tugasan terakhir.

“Sudah tentu sasaran kami nak gelaran kejuaraan (Terbuka Malaysia). Tak kiralah ini hadiah kerana ini matlamat saya dan Aaron,” katanya.

Antara nama yang dikatakan bakal menggantikan Bin Shen adalah Mathias Boe dari Denmark dan Hendra Setiawan serta Herry Iman Pierngadi masing-masing dari Indonesia.

Bin Shen meninggalkan kem negara dan bakal menyertai pasukan badminton Hong Kong Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya