Warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun

Warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun

HUANG XIAOMAN didakwa atas dakwaan menculik seorang remaja perempuan yang juga warga China di Mahkamah MajIstret Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemuda warga China didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan yang juga warganegara sama pada 24 November lalu.

Walau bagaimanapun, Huang Xiaonan, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret, R. Salini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Xiaonan yang merupakan seorang penuntut institusi pengajian tinggi di Singapura didakwa menculik mangsa di sebuah hotel bajet di Jalan Station, di sini pada pukul 4.08 petang, 24 November lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dibimbangi akan melarikan diri.

Namun, peguam bela tertuduh, Goh Poh Gek memberitahu mahkamah tertuduh sedia memenuhi semua syarat tambahan sekiranya dibenarkan ikat jamin.

“Tertuduh merupakan seorang warga China dan menuntut di sebuah universiti di Singapura. Dia menetap di rumah saudaranya di Taman Ungku Tun Aminah, di sini,” katanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan  27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar memaklumkan tertuduh ditahan pada 26 November lalu di Kuantan, Pahang, dua hari selepas mangsa memasuki Johor melalui Tambak Johor. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya