Wanita Indonesia bunuh bayi dalam tandas di Jepun

Wanita Indonesia bunuh bayi dalam tandas di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAGOSHIMA : Seorang wanita Indonesia berusia 19 tahun ditahan polis di Jepun kerana disyaki membunuh bayi perempuannya sendiri. 

Wanita tersebut ditangkap oleh pihak polis di Kota Kagoshima, wilayah Kagoshima, lokasi dirinya tinggal dan bekerja.

Akhbar Yomiuri melaporkan wanita tersebut bekerja sebagai jururawat dan ditahan Rabu lalu.  

Tertuduh mengunjungi Jepun sejak Ogos lalu, sebagai pelajar latihan industri.

Dia didakwa membunuh bayi itu, selepas melahirkannya di tandas wanita di sebuah rumah kebajikan tempatnya bekerja. 

Menurut keterangan polis, seorang rakan sekerja menemukan wanita tersebut dalam keadaan terbaring di tandas itu dan kedua-duanya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan segera. 

Walaupun bayi itu masih hidup ketika itu, namun ia disahkan meninggal dunia dua hari kemudian, pada Ahad.

Hasil bedah siasat mendapati kematian bayi tersebut berpunca daripada kegagalan beberapa organ akibat trauma di kepala.  

Wanita tersebut ditangkap selepas keadaannya pulih dan polis kini masih menjalankan penyiasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Dia turut menafikan dakwaan melakukan pembunuhan terhadap bayi itu. 

“Saya yakin saya yang melahirkan bayi itu, namun saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu,” katanya dalam kenyataan yang dipetik oleh NHK. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya