Victor mohon maaf Jalur Gemilang terbalik

Victor mohon maaf Jalur Gemilang terbalik

KENYATAAN mohon maaf Victor Malaysia berhubung insiden logo Jalur Gemilang dipasang terbalik pada jersi Lee Zii Jia, malam tadi. - IHSAN VICTOR MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penaja Lee Zii Jia, Victor, memohon maaf atas kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik pada jersi pemain itu dalam perlawanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, malam tadi.

Victor Malaysia menerusi kenyataan di laman sosial X, menyatakan kesal dengan insiden itu dan menegaskan ianya tidak mencerminkan rasa hormat mereka terhadap simbol kebangsaan.

“Kami mohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan ini,” kata kenyataan terbabit.

Victor menyatakan komitmen untuk menyiasat insiden tersebut bagi memastikan ianya tidak berulang pada masa hadapan.

Victor turut menekankan bahawa bendera Malaysia adalah simbol perpaduan dan identiti yang amat dihormati.

Kesungguhan Victor untuk memperbaiki kesilapan ini disambut baik oleh peminat yang berharap isu sama tidak berlaku lagi.

KELIHATAN logo Jalur Gemilang dipaparkan secara terbalik pada jersi Lee Zii Jia pada perlawanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

Terdahulu, kesilapan logo itu mencetuskan kekecohan di media sosial selepas ianya kelihatan jelas semasa siaran langsung perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen.

Dalam aksi Kumpulan A itu, Zii Jia berjaya mencatat kemenangan bergaya 21-13, 21-15 ke atas Tien Chen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya