Universiti Jepun cipta graviti tiruan, manusia hidup di bulan

Universiti Jepun cipta graviti tiruan, benarkan manusia hidup di bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYOTO: Sebuah universiti di Jepun bekerjasama dengan syarikat pembinaan terkemuka bagi membangunkan habitat bulan yang mampu menjana graviti tiruan, sekali gus membolehkan manusia hidup di bulan dalam keadaan menyerupai di Bumi, lapor Kyodo News.

Universiti Kyoto bersama Kajima Corp merancang untuk membina prototaip darat struktur paraboloid yang dikenali sebagai ‘Neo Lunar Glass’, yang menghasilkan graviti melalui putaran, menjelang tahun 2030-an.

Teknologi ini dijangka dapat menangani kesan buruk pendedahan jangka panjang kepada mikrograviti terhadap tubuh manusia, termasuk kehilangan jisim tulang dan otot.

“Projek ini memerlukan lonjakan teknologi yang besar, namun kami berhasrat untuk mencapainya dan membuka jalan bagi penubuhan koloni angkasa lepas,” kata ahli pasukan, Prof. Yosuke Yamashiki dari Pusat Pengajian Lanjutan Integrasi Kelangsungan Hidup Manusia, Universiti Kyoto.

Struktur Lunar Glass dijangka berdiameter 200 meter dan berketinggian 400 meter, dengan kapasiti menampung sehingga 10,000 penduduk.

Projek yang dimulakan pada tahun kewangan semasa itu akan mengenal pasti cabaran melalui model dan simulasi komputer terlebih dahulu.

Awal bulan ini, Universiti Kyoto dan Kajima mendedahkan model berskala 1:2000 sebagai tanda bermulanya kajian bersama secara rasmi.

Mereka turut menjalankan simulasi untuk menunjukkan tingkah laku objek di bawah graviti tiruan, yang menjadi komponen utama dalam usaha ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya