Ukraine kecam serangan Russia semasa sambutan Krismas

Ukraine kecam serangan Russia semasa sambutan Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengecam tindakan ‘tidak berperikemanusiaan’ apabila Russia memilih untuk melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sistem tenaga Ukraine semasa sambutan Krismas.

Serangan besar-besaran itu turut menyasarkan sebuah loji janakuasa terma, menyebabkan rakyat Ukraine berlindung di stesen metro.

“Putin sengaja memilih Krismas untuk menyerang. 

“Apakah yang lebih kejam daripada ini? Lebih 70 peluru berpandu, termasuk peluru berpandu balistik dan lebih 100 dron menyerang sistem tenaga kami,” kata Zelensky.

Menteri Tenaga Ukraine, Herman Halushchenko berkata, Russia sekali lagi menyerang secara besar-besaran terhadap infrastruktur tenaga negara itu. 

Tentera Udara Ukraine turut mengesahkan serangan peluru berpandu ke kawasan Kharkiv, Dnipro dan Poltava di bahagian timur negara tersebut.

“Pengendali sistem pengagihan elektrik mengambil langkah-langkah perlu untuk mengehadkan penggunaan bagi mengurangkan kesan negatif ke atas sistem tenaga. 

“Sebaik keadaan keselamatan mengizinkan, pasukan tenaga akan menilai kerosakan yang berlaku,” katanya.

Syarikat tenaga swasta terbesar Ukraine, DTEK memaklumkan loji janakuasa terma turut menjadi sasaran dalam serangan tersebut, menjadikannya serangan ke-13 ke atas grid tenaga Ukraine tahun ini.

Tentera Udara Ukraine berjaya memintas lebih 50 peluru berpandu, namun serangan itu masih menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan. 

Beberapa wilayah mengalami gangguan bekalan elektrik dan usaha sedang dijalankan untuk membaiki kerosakan.

Syarikat tenaga DTEK melaporkan serangan itu menyebabkan kerosakan serius kepada peralatan loji janakuasa terma, manakala pengendali tenaga negara, Ukrenergo, melaksanakan pemadaman elektrik awal sebagai langkah pencegahan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya