Tukang cuci hospital selamatkan 38 bayi - Utusan Malaysia

Tukang cuci hospital selamatkan 38 bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIANGXI : Bekas tukang cuci hospital dari China, Tang Caiying, 88, dicalonkan sebagai Model Moral Kebangsaan atas jasa luar biasanya dalam menjaga 38 bayi terbiar sepanjang lebih sedekad.

Lapor South China Morning Post (SCMP), Tang yang pernah bekerja di sebuah hospital di Xinyu, wilayah Jiangxi, mula menjalankan misi kemanusiaannya pada era 1980-an hingga 1990-an.

Segala-galanya bermula ketika Tang berusia 46 tahun ketika itu menemukan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan berhampiran landasan kereta api.

Tang tanpa ragu-ragu membawanya pulang dan menamakan bayi itu sebagai Fangfang, meskipun dia sendiri sudah mempunyai lima anak.

Tidak lama kemudian, Tang menyelamatkan seorang lagi bayi perempuan yang ditinggalkan di hospital, yang kemudiannya dinamakan Zhenzhen.

Kejadian itu menjadi titik tolak kepada komitmennya untuk terus menyelamatkan bayi-bayi terbiar.

Dalam tempoh lebih sedekad, Tang menjaga 38 kanak-kanak, termasuk bayi yang ditinggalkan di tong sampah atau luar hospital ketika musim sejuk yang melampau.

Tang menggunakan bilik-bilik hospital yang tidak digunakan untuk menempatkan bayi-bayi tersebut, selain memastikan mereka menerima penjagaan harian dan pemantauan kesihatan.

Tindakan murninya itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada suaminya yang menghadapi kesukaran menyara keluarga mereka sendiri dengan pendapatan yang kecil, namun Tang tetap berpegang teguh kepada misinya.

Selepas bersara, dia bergantung kepada wang pencen untuk membeli susu dan makanan bagi bayi-bayi tersebut, serta menjaga mereka dengan penuh dedikasi.

Kesungguhannya membuatkan anak-anak angkatnya memanggilnya ‘nenek’ dengan penuh kasih sayang, meskipun mereka mempunyai perbezaan usia lebih 50 tahun.

Dedikasi luar biasa Tang mendapat perhatian ramai, sekaligus menjadikannya inspirasi kepada masyarakat di seluruh dunia. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya