Trump tuntut tebusan Israel di Gaza dibebaskan segera

Trump tuntut tebusan Israel di Gaza dibebaskan segera

RAKYAT Israel memegang sepanduk semasa protes antikerajaan di Baitulmuqaddis, bagi menggesa pilihan raya awal dan pembebasan tebusan di Gaza. AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuntut pembebasan segera tebusan Israel yang masih ditahan di Gaza.

Beliau malah memberi ugutan kepada pejuang Hamas sekiranya mereka tidak dibebaskan sebelum dirinya mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua, Januari depan.

“Jika tebusan tidak dibebaskan sebelum 20 Januari 2025, tarikh saya memegang jawatan sebagai Presiden AS, akan ada tindak balas di Asia Barat dan mereka yang bertanggungjawab melakukan kekejaman terhadap kemanusiaan,” tulis Trump dalam catatan di laman sosial, Truth Social miliknya.

Beliau berkata, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan hukuman lebih keras dalam sejarah panjang AS.

Bagaimanapun, belum jelas sama ada Trump mengancam untuk melibatkan tentera AS secara langsung dalam kempen berterusan Israel di Gaza.

Sekutu Trump berharap akan ada gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan sebelum beliau kembali ke pejabat awal tahun depan.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan mengulas lanjut. Namun, Presiden negara itu, Isaac Herzog mengalu-alukan komen Trump dalam catatan media sosial.

“Terima kasih Donald Trump. Kami semua berdoa untuk saat kami melihat adik-beradik kami pulang,” tulisnya dalam media sosial, X.

Ancaman Trump berlaku beberapa jam selepas kerajaan Israel mengesahkan kematian Omer Neutra, dua warganegara AS-Israel, yang mayatnya masih dipercayai disimpan oleh Hamas di Gaza, menurut kerajaan Israel. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya