Trump cari pelabur asing yang sudi labur RM4 bilion

Trump cari pelabur asing yang sudi labur RM4 bilion

DONALD Trump mengancam untuk melaksanakan tarif yang meluas apabila mengambil alih Rumah Putih bulan depan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Mana-mana individu atau syarikat yang melabur sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.42 bilion) ke Amerika Syarikat (AS) akan menerima kelulusan dan permit yang dipercepatkan sepenuhnya termasuk keperluan kepatuhan alam sekitar.

Tawaran itu dibuat oleh Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi kenyataan yang disiarkan dalam platform media sosial, Truth Social miliknya tanpa butiran lanjut.

Pasukan peralihan Trump dilaporkan sedang mengusahakan pakej yang akan dilancarkan selepas beliau memegang jawatan, 20 Januari ini.

Pakej itu melibatkan usaha untuk meluluskan permit eksport bagi projek gas asli cecair (LNG) dan meningkatkan penggerudian minyak di tanah Persekutuan serta di luar pantai AS.

Tidak jelas bagaimana Trump boleh mengendalikan suruhanjaya bebas seperti Suruhanjaya Kawal Selia Tenaga Persekutuan, yang baru-baru ini memerlukan semakan alam sekitar tambahan untuk projek LNG.

Pasukan peralihan Trump tidak segera menjawab permintaan untuk memberikan komen berkenaan isu itu.

Trump yang merupakan ahli Republikan, turut merancang untuk memansuhkan beberapa aspek peraturan diperkenalkan Presiden Demokrat, Joe Biden serta perundangan tertinggi iklim.

Peraturan itu termasuk kredit cukai untuk kenderaan elektrik dan piawaian loji kuasa bersih baharu yang bertujuan menghapuskan arang batu dan gas asli secara berperingkat.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya