Timbalan Perdana Menteri Kanada letak jawatan - Utusan Malaysia

Timbalan Perdana Menteri Kanada letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA : Timbalan Perdana Menteri Kanada, Chrystia Freeland meletakkan jawatan secara mengejut berikutan pertikaian dasar dengan Perdana Menteri, Justin Trudeau, yang disifatkannya sebagai ‘gimik politik’.

Freeland, yang juga Menteri Kewangan, membuat keputusan tersebut hanya beberapa jam sebelum beliau dijadual membentangkan kemas kini ekonomi musim luruh di Parlimen, dokumen yang dijangka mendedahkan defisit belanjawan kerajaan Liberal jauh lebih besar berbanding ramalan awal.

Peletakan jawatan Freeland, 56, yang dianggap sekutu rapat Trudeau, dilihat satu tamparan hebat kepada kepemimpinan beliau menjelang pilihan raya akan datang, ketika tinjauan menunjukkan sokongan terhadap Trudeau semakin merosot.

“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kita berdua sering bercanggah pendapat tentang hala tuju terbaik buat Kanada,” kata Freeland menerusi surat peletakan jawatannya kepada Trudeau yang dimuat naik di platform X.

Freeland menyandang jawatan Menteri Kewangan sejak Ogos 2020 dan sehingga sekarang ini, pejabat Trudeau belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Laporan media tempatan menyebut perbalahan Freeland dan Trudeau berpunca daripada cadangan kerajaan untuk memberikan pelepasan cukai sementara serta langkah-langkah perbelanjaan lain.

Dalam surat itu, Freeland menegaskan ancaman tarif baharu terhadap eksport Kanada oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang baharu dipilih, Donald Trump, adalah risiko besar.

Antara calon pengganti Freeland yang disebut-sebut ialah bekas Gabenor Bank Kanada, Mark Carney, yang kini merupakan penasihat ekonomi Trudeau.

“Jumaat lalu, anda beritahu tidak lagi mahukan saya sebagai Menteri Kewangan dan menawarkan jawatan lain dalam Kabinet.

“Setelah mempertimbangkan perkara ini, saya mendapati jalan yang paling jujur dan wajar adalah dengan meletakkan jawatan daripada Kabinet,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya