Tikam ibu sampai mati berang ditegur vape  perisa dadah

Tikam ibu sampai mati berang ditegur vape  perisa dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang pemuda berusia 20-an, sanggup menikam ibu kandungnya sehingga mati kerana disyaki berang ditegur menghisap vape mengandungi dadah dalam kejadian di Felda Ayer Hitam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, wanita berusia dalam lingkungan 40-an meninggal dunia akibat cedera parah ditikam pada bahagian pinggang.

Utusan Malaysia difahamkan, ketika kejadian, mangsa menegur anaknya kerana dipercayai menghisap vape megandungi dadah.

Berang dengan bebelan ibunya, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek mencapai sebilah pisau dan menikam ibunya. Suspek berjaya ditahan selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd  Noh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya