Tiga maut, pelajar perempuan 15 tahun lepaskan tembakan

Tiga maut, pelajar perempuan 15 tahun lepaskan tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tiga maut dan beberapa lain cedera selepas seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun melepaskan tembakan sebelum dipercayai membunuh diri di sebuah sekolah di negeri Wisconsin, utara Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ketua Polis negeri Madison, Shon Barnes berkata, tiga orang dilaporkan meninggal dunia di Sekolah Kristian Abundant Life, sebuah sekolah Kristian swasta dengan kira-kira 400 pelajar.

Angka itu termasuk seorang remaja yang disyaki melakukan tembakan, namun tidak memberikan butiran lanjut sama ada mangsa terbunuh adalah pelajar, kakitangan atau individu lain.

Tujuh yang lain turut dibawa ke hospital akibat kecederaan ringan dan serius, katanya.

Barnes berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian tembakan sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan).

“Apabila pegawai tiba, mereka menemukan beberapa mangsa yang mengalami kecederaan akibat ditembak.

“Kami percaya suspek tersebut adalah seorang pelajar sekolah itu,” katanya sambil menjelaskan pegawai polis tidak pernah melepaskan tembakan.

Menurut Rumah Putih, Presiden Joe Biden sudah diberi taklimat mengenai insiden tembakan itu, manakala Gabenor Wisconsin, Tony Evers menegaskan akan memantau teliti kejadian berkenaan.

“Kami mendoakan keselamatan anak-anak, pendidik dan seluruh komuniti Sekolah Abundant Life sementara menunggu maklumat lanjut, dan kami berterima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertindak pantas,” kata Evers di platform X.

Keganasan yang berlaku pada Isnin adalah yang terbaharu dalam siri insiden tembakan sekolah di AS, dengan jumlah pemilikan senjata api melebihi penduduk dan usaha untuk menyekat akses senjata api menghadapi kebuntuan politik.

Setakat tahun ini, terdapat sekurang-kurangnya 487 insiden tembakan beramai-ramai di seluruh AS, yang ditakrifkan sebagai kejadian melibatkan sekurang-kurangnya empat mangsa, sama ada maut atau cedera, menurut Arkib Keganasan Senjata.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN