Tiada laporan, bukti data MyKad dijual di darkweb

Tiada laporan, bukti data MyKad dijual di darkweb

ROHAIMI MD. ISA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporaN rasmi berhubung dakwaan penjualan data MyKad rakyat Malaysia di ‘darkweb’. 

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK Bukit Aman, setakat ini mendapati, tiada laporan diterima PDRM dan tidak menemukan bukti berkaitan dakwaan tersebut.

Beliau berkata, PDRM akan terus melakukan pemantauan rapi bagi menentukan kesahihan maklumat.

“Dakwaan ini dilaporkan melalui hantaran di laman X.com oleh sebuah syarikat IT dari Singapura. 

“Namun, siasatan kami tidak menemukan sebarang laporan atau bukti kukuh berkaitan isu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Rohaimi, siasatan akan dijalankan bersama agensi berkaitan sekiranya laporan rasmi diterima.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa berkaitan isu ini diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan. PDRM komited memastikan keselamatan data peribadi rakyat Malaysia terjamin,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta yang sebagaimana didakwa seorang pengguna laman X dikenali sebagai Fusion Intelligence Center @ StealthMole.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan telah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian keselamatan teknologi maklumat mendapati dakwaan tersebut tidak benar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya