Tetap jadi kebanggaan Malaysia

Tetap jadi kebanggaan Malaysia

PASANGAN beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 selepas tumpas kepada kepada gandingan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong di Gimnasium Olimpik Hangzhou, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat pasangan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar juara dunia tidak kesampaian apabila tumpas di pentas final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024, semalam.

Gandingan No.8 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan dua edisi berturut-turut yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Pada aksi final di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Tang Jie-Ee Wei tidak memberi laluan mudah kepada Si Wei-Ya Qiong yang mendapat sokongan ribuan penyokong tuan rumah sebelum tumpas 18-21, 21-14, 17-21 dalam masa 1 Jam 15 minit.

Kekalahan itu menyaksikan pasangan negara itu terlepas peluang untuk mencipta sejarah menjadi wakil beregu campuran pertama Merangkul merangkul gelaran Jelajah Dunia Akhir.

Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei sudah pun berada dalam kelas tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama Malaysia yang melangkah ke pentas final kejohanan akhir musim itu sejak ia mula diperkenalkan pada 2018.

Mengulas mengenai persembahan di pentas akhir, Ee Wei pula memberitahu, dia dan Tang Jie perlu belajar untuk menjadi lebih konsisten terutama ketika berada di mata genting.

“Kami perlu belajar daripada beregu berpengalaman ini, mereka bermain dengan sangat baik dan ini merupakan pengajaran bagi membantu meningkatkan kualiti permainan kami,” ujarnya.

Dengan kejayaan mengungguli Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024, Zheng Siwei-Huang Ya Qiong meraih hadiah wang tunai bernilai A$210,000 (RM934,688) manakala Tang Jie-Ee Wei pula membawa pulang A$100,000 (RM445,089).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya