Tentera Korea Selatan diarah kembali ke pangkalan

Tentera Korea Selatan diarah kembali ke pangkalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pasukan tentera yang dikerahkan untuk melaksanakan undang-undang tentera dilaporkan kembali ke pangkalan masing-masing, selepas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bersetuju menarik balik undang-undang tersebut.

Menurut tentera Korea Selatan, semua anggotanya diarahkan kembali ke pangkalan pada pukul 4.22 pagi hari ini (waktu tempatan), selepas undang-undang itu hanya berkuatkuasa dalam tempoh enam jam.

Bagaimanapun, tentera negara itu berkata, pihaknya akan terus mengekalkan kewaspadaan yang tinggi dan memaklumkan tiada perkara luar biasa yang diperhatikan di Korea Utara.

Pada Selasa, Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera dengan menuduh parti pembangkang terlibat dalam aktiviti anti negara yang merancang pemberontakan.

Menerusi ucapan yang disiarkan dalam televisyen, Yoon menjelaskan undang-undang tentera itu bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara serta melindungi kestabilan Perlembagaan berteraskan kebebasan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya